Jakim digesa lepas sepenuhnya soal pensijilan halal

Susulan isu kartel daging import yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata rombakan perlu dilakukan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam soal pensijilan halal.

Pengerusinya Mohamed Hanif Omar mencadangkan tanggungjawab tersebut wajar diserahkan sepenuhnya kepada Majlis Halal Malaysia (MHM).

“Aktifkan semula MHM yang dibekukan fungsinya oleh kerajaan PH sebelum ini. MHM harus ambil alih Skim Pensijilan Halal dengan Jakim,” katanya seperti dipetik portal Malaysia Gazette.

Menurutnya, untuk tujuan itu, pasukan petugas perlu ditubuhkan di bawah majlis tersebut dan dianggotai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Majlis Agama Islam Negeri, SPRM, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Kastam, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

isu semasa|Jangan bimbang jika termakan daging haram- kata Ulama PAS

Katanya lagi, Jakim juga perlu dihukum atas “dosa” membiarkan kegiatan tersebut yang sebelum ini dilaporkan telah berjalan selama 40 tahun.

Berita Berkaitan |Rakyat makan daging tak halal, Pihak mana yang akan tanggung dosa???

“Rombakan besar-besar perlu dilakukan dengan melantik mereka yang kompeten, berintergiriti bagi bukan sahaja menerajui tetapi membangunkan dan memajukan industri ternakan negara,” kata bekas ketua polis negara itu lagi seperti dipetik.

Pada Februari 2016, Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia telah bersetuju menubuhkan MHM di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan fungsi meneraju dan menyelaras inisiatif berkaitan pengurusan dan pembangunan industri halal di Malaysia.

Berita semasa |Mesti ramai dah rasa daging kanggaroo,sedap ka???

Pada masa sama, Hanif berkata isu tersebut juga membuktikan kegagalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar membangunkan industri ternakan sehingga negara bergantung dengan daging import.

“Pesalah rasuah perlu dihukum berat. Selain penjara dan denda tertakluk kepada betapa beratnya kes disabitkan mereka perlu dihukum berat dan jika kesalahan cukup berat lucut kewarganegaraan dan dinyahkan dari negara,” katanya lagi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu didalangi sindiket dalam dan luar negara

Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta merangkumi “pihak terlibat dalam pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, penyeludupan, pihak yang memanipulasi, bersubahat dan membawa masuk daging beku melalui Permit Import (AP)”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad pula berkata kerajaan sedang menimbang penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara itu.

–malaysiakini

COMMENTS