Ustaz Budak “mengganas” lagi, seks oral dengan pelajar!

“Ustaz Budak” atau nama sebenar beliau Syamsul Zaman Sukri, 32 tahun ditahan sekali lagi semalam dan direman semula selama tiga hari bermula hari ini berikutan pihak polis menerima dua laporan baru perbuatan cabul yang didakwa dilakukan tertuduh terhadap dua bekas pelajar lelakinya pada tahun 2018.

Pengetua madrasah itu ditahan oleh pihak polis selepas dua aduan diterima masing-masing dari Balai Polis Kuang, selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kuang dan IPD Balik Pulau oleh mangsa yang juga bekas pelajar pondok di Machang” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Menurut keterangan mangsa, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi pada Mei 2018 selepas ceramah di Terengganu dan mangsa bersama enam lagi rakan dikatakan diarah mengikut suspek balik ke rumahnya.

Jom Baca Artikel Menarik : “Ustaz Budak” di Kelantan dituduh cabul kehormatan

“Mangsa juga telah diarahkan untuk tidur bersamanya di dalam bilik kerana mahu menjalankan rawatan Islam terhadap mangsa yang dikatakan mengalami sakit gangguan” katanya.

Suspek telah meminta mangsa untuk membuka seluar dan melakukan seks oral ketika itu. Kejadian sama berulang kembali sebanyak dua kali di tempat yang sama selang beberapa hari selepas kejadian pertama, katanya.

Polis juga memaklumkan bahawa mangsa kedua memaklumkan kejadian terhadap dirinya berlaku sekitar jam 11 malam pada November 2018 di bilik asrama sekolah pondok berkenaan.

Sumber Artikel

COMMENTS