Isu semasa: ‘Melayu khianati Islam atau Islam khianati Melayu’

Isu daging tidak halal bukan perbuatan orang bukan Islam. Tetapi dilakukan oleh orang Islam. Syarikat milik orang Islam.

2. Modus operandinya mudah. Daging tidak halal masa masuk melalui pintu Kastam..ditukar kulitnya dengan pembungkusan jenama daging yang sudah biasa dalam pasaran.

3. Itu sebab senarai jenama bungkusan tidak boleh disiarkan. Takkan kerana itu Kerajan dan Jabatan Agama Islam takut untuk menyiarkan. Mungkin syarikat yang berjenama itu pun terlibat.

4. Itulah menjadi tanda tanya orang Islam kenapa syarikat yang menggunakan jenama halal tersebut tidak buat aduan. Perkara sudah puluhan tahun berlaku.

Bagaimana dalam kes ini siasatan mesti ditumpukan kepada Kastam dan MaQis.

Sumber – Infonegarakini

COMMENTS