Tidak tahan kepanasan api,remaja batal niat bunuh diri

Seorang lelaki yang membakar dirinya kerana mahu bunuh diri tiba-tiba berubah fikiran setelah tidak mampu menahan kepanasan lalu berlari terjun ke dalam parit berhampiran.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 39 tahun membakar dirinya setelah menyimbah petrol ke seluruh badan dalam satu kejadian di Jalan Ngee Heng di sini hari ini.

Namun dia kemudian berubah fikiran apabila tidak mampu menahan panas lalu berlari masuk ke dalam parit berhampiran dalam kejadian pukul 10.53 pagi itu.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan dan melecur pada bahagian tangan dan badan.

Isu semasa|Ustaz Budak “mengganas” lagi, seks oral dengan pelajar!

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Rafie Ahmad Sareng berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Berita semasa |Isu air: “mana boleh ikut dan nak bayaq” – MB Kedah

Beliau berkata, pihaknya menyelamatkan lelaki tersebut dalam keadaan sudah melecur lima peratus di bahagian tangan dan badan.

“Pihak bomba mengangkat mangsa dalam longkang dengan menggunakan stretcher sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak tahu apa motif lelaki berkenaan mahu membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamatkan itu ditamatkan pada pukul 11.28 pagi.

– UTUSAN

COMMENTS