Judi hanya haram jika Pas jadi pembangkang?

Pengerusi Biro Agama Umno Allahyarham Ahmad Fuad telah membawa sebahagian ahli Umno keluar daripada Umno pada tahun 1951 dengan alasan Umno meluluskan lesen judi loteri lalu menubuhkan parti Pas.

Bermula daripada itu setiap hari Pas menyerang Umno dengan mengatakan haram menyokong Umno yang menghalalkan judi.

Namun begitu hukum haram menyokong Umno kerana Umno menghalalkan judi telah menjadi halal selepas Pas menyertai Perikatan (Barisan Nasional) pada tahun 1972 namun hukum haram menyokong Umno kerana Umno menghalalkan judi menjadi haram semula pada tahun 1978 selepas Pas keluar daripada Umno.

Maka bermula tahun 1978 sehinggalah March 2020 judi adalah haram dan menurut seorang ustaz Pas kerajaan yang menyokong judi adalah kerajaan “setang” (Rujuk video di bawah)

Namun selepas 42 tahun hukum judi sekali lagi telah bertukar menjadi halal apabila Pas menjadi kerajaan malah kali ini bukan saja berjudi itu sudah menjadi halal tapi ianya turut di susuli dengan mendapat pahala kerana yang memberi lesen kedai judi tersebut adalah kerajaan yang terdiri daripada pada ulama-ulama Pas menjadi menterinya.

Berpandukan kepada hukum judi yang kini sudah halal dan mendapat pahala besar maka kerajaan yang di dalamnya mempunyai para ulama-ulama besar Pas telah menambah hari-hari untuk umat beramal ibadah dengan judi dari 11 hari sebulan kepada 22 hari sebulan.

COMMENTS