GEMPAR | Pemuda Pas janji beri sokongan pertandingan ratu cantik?

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) semalam telah bertemu dengan penganjur program pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit setelah mula mendapat kecaman dari warganet berikutan dari program tersebut yang disifatkan bertentangan dengan tuntutan agama Islam.

Namu ia terus mencetuskan perbahasan apabila ramai yang menyangka bahawa Dewan Pemuda Pas Malaysia itu akan menentang sekeras-kerasnya pertandingan tersebut. Pas terkenal dengan laungan memartabatkan Islam dan menentang sebarang tindakan yang disifatkan bertentangan dengan syariat agama ketika menjadi pembangkang.

Penganjur program melalui Facebook rasmi Miss Plus World Malaysia/Ms Plus Intercontinental Malaysia telah memaklumkan bahawa pihak mereka bakal bekerjasama dengan Dewan Pemuda Pas bagi menjaga kepentingan bersama.

“Perbincangan mengenai sama ada untuk batalkan malam gala atau tidak” namun “Pemuda Pas memberi cadangan dan berjanji akan menyokong program kami tetapi mereka meminta untuk dilakukan sedikit perubahan”.

Baca Artikel Berkaitan : Miss Plus Malaysia: Pemuda Pas minta tukar nama pertandingan

“Peganjur akan memberikan kerjasama kepada Pas untuk menyediakan program yang terbaik bagi wanita di Malaysia”, katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.

Penganjur juga tidak akan membatalkan program terbabit yang dijadualkan bakal berlangsung pada 2 Januari kecuali mendapat arahan dari pihak berkuasa untuk membatalkan acara tersebut.

Terdahulu Yang di-pertua Yadim, Nasrudin Hassan menyifatkan pertandingan seumpama itu sebagai tindakan menyuburkan budaya hedonism dan pengeksplotasian wanita. Beliau yang juga Jawatankuasa Pas Pusat berkata penganjuran acara seumpama itu bakal memberikan isyarat kepada masyarakat seolah-olah kerajaan Perikatan Nasional merestui program yang seumpama itu.

Dua pandangan yang berbeza dari Jawatankuasa Pas Pusat yang kurang menyokong acara tersebut berbanding Dewan Pemuda Pas Malaysia yang berjanji akan menyokong program-program seumpama itu.

 

COMMENTS