Rakyat makan daging tak halal, Pihak mana yang akan tanggung dosa???

Jika sekali pandang, penguatkuasa saperti MaQis telah menjalankan tugas. Mereka bukan memburu atau serbu daging tidak halal. Tugasnya hanya mengesan kemasukan tanpa kelulusan daging import.

2. Jabatan Agama Islam pula bagi memastikan daging yang dijumpai dalam gudang itu atas soal status halalnya.

3. Polis tidak ada bidang kuasa apa-apa dalam serbuan itu kerana hanya sekadar memberikan tenaga sokongan keselamatan semasa serbuan.

4. Jabatan Kastam juga tidak ada peranan masa serbuan kerana daging itu sudah keluar dari pintu pemeriksaan Kastam. Jabatan ini akan dikaitkan dengan siasatan SPRM dalaman jabatan untuk mencari mereka yang bersekongkol memasukan secara melanggar SOP kemasukan.

5. Yang pasti pegawai dari Penguatkuasa KPDNP yang punya tanggungjawab.

Baca berita berkaitan |Isu semasa: ‘Melayu khianati Islam atau Islam khianati Melayu’

6. Sehingga kini tidak ada butiran atau senarai Supermarket dan Kedai mana yang terlibat menerima atau telah menjual daging sejuk beku yang dibekal oleh syarikat pengimport yang gudangnya diserbu oleh MaQis itu dikeluarkan oleh KPDNP.

7. Orang ramai mahu tahu senarai supermarket dan kedai daging sejuk beku yang diragukan halalnya termasuk daging yang ada campuran daging yang lain.

Maka kesimpulan satu laporan ‘kertas putih’ mesti di keluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hel Ehwal Pengguna yang diterbitkan bersama JAKIM dalam isu ini.

– infonegarakini

COMMENTS