Terkini!!! Nazri Aziz tarik sokongan pada Muhyiddin,PN lumpuh

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

isu semasa |Jawatankuasa bebas kerajaan dibentuk semasa darurat

Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh Umno Padang Rengas serta pendirian yang dibuat oleh majlis tertinggi parti (MT) itu baru-baru ini.

Berita semasa|Tun M pertikai tindakan Muhyiddin isytihar darurat

“Atas mandat yang telah diberikan oleh bahagian saya – Padang Rengas – dan dengan mandat oleh MT maka saya pada hari ini mengumumkan saya Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli parlimen kawasan Padang Rengas dengan ini dan dengan rasminya saya menarik sokongan kepada pimpinan Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada,” katanya.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, keputusan yang diambil itu dibuat selepas dia berfikir panjang dan berasakan ia adalah langkah terbaik untuk Umno.

Sidang media Nazri itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hanya beberapa jam selepas Muhyiddin menyampaikan ucapan berkenaan pelaksanaan darurat di negara ini.

Berita asal

COMMENTS