Muhyiddin jangan “bermain api” – amaran Tun Mahathir

Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau pernah memberi amaran kepada Muhyiddin Yassin supaya tidak “bermain api” dengan Umno, namun peringatannya itu tidak disambut baik.

“Anda (Muhyiddin) tu parti kecil. Nanti anda akan bergantung kepada dia (Umno). Tapi dia kata dia boleh uruskan.

“Kita tengoklah macam mana dia boleh uruskan masalah tu (dengan Umno),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang memaksa kerajaan mengadakan pilihan raya mengejut ketika jangkitan Covid-19 kian memburuk.

Awal minggu ini, Zahid mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua Umno bahagian dan meminta meminta ahli-ahli Parlimen parti itu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari bagi memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dengan segera.

Dalam pertemuan tertutup itu, Zahid turut meminta semua menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada Umno yang dilantik PN, melepaskan jawatan masing-masing sebelum 1 Februari 2021.

Baca berita ini |PAS bimbang kedudukan jawatan, pertahan kerajaan ‘pintu belakang’

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai nasihat kepada Muhyiddin yang berdepan detik sukar itu, beliau berkata nasihat sudah pun diberikan, “tetapi masalahnya, bila dah nasihat tak mahu dengar. Itu yang jadi masalah.”

Mahathir turut menggesa Muhyiddin supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri memandangkan kerajaan PN dilihat tidak mempunyai bilangan majoriti yang kukuh untuk bertahan sebagai kerajaan pusat.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan sekarang hanya memiliki tiga majoriti, mendakwa ia sebagai kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia.

Berita semasa |Perlu berhemah : PH Kedah sokong tuntut caj air daripada Pulau Pinang

Atas sebab itu, katanya, kerajaan hari ini tidak boleh memfokuskan kepada usaha untuk mentadbir negara kerana sibuk untuk “mempertahankan diri”.

“Mereka punyai cuma majoriti tiga orang. Kalau dua sahaja lompat masuk Pakatan (Pakatan Harapan), saya kira kerajaan itu akan jatuh.”

Berita Asal

COMMENTS