Terkini!!! Menteri Dalam Negeri positif COVID-19

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan positif COVID-19 hari ini dan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin berkenaan, Hamzah akan memantau serta memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

“Sehubungan itu, semua kontak beliau bermula 8 sehingga 11 Januari lalu diminta tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk melakukan saringan COVID-19.

“Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini,” katanya.

Berita Semasa |Jawatankuasa bebas kerajaan dibentuk semasa darurat

Sebelum ini, semua menteri Kabinet dilapor akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif.

Selain Jemaah Menteri, turut diarah menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu.

Berita Asal

COMMENTS