PKP: Perutusan khas Perdana Menteri jam 6 petang

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada jam 6 petang ini melalui televisyen.

Menurut makluman, Muhyiddin akan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan, berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan.

Berita semasa|Kes Covid-19: Giliran Menteri PKWM pula disahkan positif

Sejumlah 2,433 kes harian baru Covid-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.

Berita Asal

COMMENTS