Tun M pertikai tindakan Muhyiddin isytihar darurat

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani penularan COVID-19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

Bekas Perdana Menteri berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan.

Beliau berkata, semua pihak juga tidak tahu setakat mana pengisytiharan darurat itu boleh mengikat rakyat daripada bergerak.

Katanya, keadaan di negara ini berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang segala arahan atau sekatan diumumkan kerajaan mendapat tentangan daripada rakyatnya.

Berita semasa|Terkini!!! Menteri Dalam Negeri positif COVID-19

“Di Malaysia suruh ‘lock down’, kita ‘lock down’, suruh jangan gerak, kita tak gerak. Suruh duduk di rumah, kita duduk di rumah. Ada la dua tiga orang yang bantah tetapi tindakan boleh diambil terhadap mereka.

“Maka yang ada darurat ini kononnya kerana berkembang COVID-19 tetapi apa yang darurat ini boleh buat yang tidak boleh dibuat oleh kerajaan sekarang

Berita terkini |Jawatankuasa bebas kerajaan dibentuk semasa darurat

“Pendapat saya, kita boleh buat segala usaha untuk kurangkan perkembangan (penularan) COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melancarkan platform pemasaran Herbee di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

isu semasa |Parti melayu berbalah, DAP ‘king maker’ dan rakyat menjadi mangsa

Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada baginda jika pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Berita Asal

COMMENTS