Perlantikan Ketua PAC menjadi Pertikaian dalam Pentadbiran Kedah

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato Hj Ir Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi hari ini mengkritik tindakan ke belakang kerajaan PN Kedah melantik ketua PAC dari kalangan sendiri.

Tindakan ke belakang ini amat memalukan apabila dilakukan oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Dalam sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Tingkat 4, Blok E, Wisma Darulaman itu turut dihadiri oleh pimpinan utama PH negeri Kedah. Pihak pembangkang juga mendesak SADA agar menguruskan operasi air dengan lebih baik dan berkesan.

Pembalakan di Ulu Muda telah diberhentikan pada zaman kerajaan PH, namun kini dapat maklumat aktiviti pembalakan telah berjalan semula disana. Ini menimbulkan kerisauan rakyat terhadap pencemaran yang akan berlaku di kawasan tadahan tersebut.

Dalam isu air antara Kedah dan Pulau Pinang pula, pihak pembangkang berpendapat agar diusahakan campur tangan dari kerajaan persekutuan. Kerajaan persekutuan perlu membayar sagu hati kepada Kedah bagi menyelesaikan konflik ini.

Berita semasa |Perikatan Nasional sengaja halang Parti Muda sertai PRU

Berkaitan dengan REE yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Syarikat yang telah dilantik perlu diketahui keupayaannya, ini kerana belum wujud SOP kaedah penerokaan yang sepatutnya dibawah tanggungjawab kerajaan pusat.

Ditanya isu politik nasional, Dato Hj Ir Phahrolrazi berkata kerajaan PN kini semakin tidak stabil setelah majoriti bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu. Pendedahan Annuar Musa semalam membuktikan kerajaan PN sudah hilang majoriti apabila Datuk Seri Zahid dan Dato Seri Najib telah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab soalan tentang persediaan PeKedah bagi menghadapi PRU15. Dato Hj Ir Phahrolrazi menegaskan,”Di Kedah kita mempunyai organisasi PH yg lengkap disemua peringkat. Bagi pihak Amanah Kedah, kami akan meramaikan kawan dan mengurangkan lawan bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

“Bagi PH Kedah, kerusi incumbent akan kekal, bagi kekosongan pada kerusi Bersatu sahaja, maka pembahagian yg perlu diselesaikan secepat mungkin.

Terkini |Parti Pejuang dan Muda dalam ‘ DILEMA ‘ Kematian

“Isu pembahagian sesama PN dan MN pun bermasalah terutama di Kelantan dan Terengganu, di kedua negeri ini, UMNO menolak Bersatu dan PAS” ujar beliau.

Sidang media ini menarik perhatian ramai wakil media selepas kemelut politik negara kembali panas selepas pendedahan Datuk Seri Annuar Musa semalam.

Sumber Asal

COMMENTS