Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech Mara maut digilis treler

Penuntut perempuan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi maut selepas digilis treler dalam kemalangan di Jalan Pokok Mangga di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Nurul Asyikin Razali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dan dalam perjalanan dari arah Plaza Pandan Malim menuju ke lampu isyarat Pokok Mangga.

Berita semasa |Tun M pertikai tindakan Muhyiddin isytihar darurat

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa telah bergesel dengan bahagian kiri treler terbabit menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar tong sampah di bahu jalan.

“Mangsa kemudian telah terjatuh dari motosikalnya lalu diseret oleh kenderaan berat terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

semasa |Terkini!!! Nazri Aziz tarik sokongan pada Muhyiddin,PN lumpuh

Kata Hasan Basri, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

–Berita Asal

COMMENTS