Muhyiddin dikelilingi penasihat “25%” yang “kurang bijak”

Saya dengar ramai peguam-peguam yang rapat dengan Bersatu dan komponen PN yang telah terlibat menasihat Muhyiddin.

Apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya.

Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah Muhyiddin Yassin!

Keempat, apabila saranan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ oleh wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, Muhyiddin dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,…’

Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.

Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan manfaat untuk mereka!

Memang tepat permintaan awal-awal Umno-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.

Umno-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati Umno untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.

Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.

Mungkinkah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini.


SHAHRIR SAMAD ialah bekas ahli parlimen Johor Bahru dan pemimpin veteran Umno.

Artikel ini asalnya hantaran penulis di media dosial dan tidak semestinya mencerminkan pendiriran rasmi Malaysiakini.

Sumber Berita : MALAYSIAKINI

COMMENTS