PANAS!!! Antara dua darjat, Sanusi dan Rara

Antara dua orang Adun, seorang Adun Jeneri yang juga Menteri Besar Kedah dari parti Pas dan seorang lagi Adun Ketari dari DAP.

Cuba perhatikan gambar yang dimuat naik di Facebook Muhammad Sanusi Md Nor. Kelihatan MB Kedah itu bergambar bersama-sama peniaga di tepi jalan tanpa penjarakan 1 meter seperti yang telah ditetapkan oleh MKN.

Di dalam gambar itu juga kelihatan tiada seorang pun termasuk Sanusi yang memakai pelitup muka yang menjadi kewajipan kepada rakyat apabila berada di khalayak ramai. Adakah Sanusi ingin menunjukkan bahawa, jika berada di gerai di tepi jalan, pelitup muka tidak perlu dipakai? Ataupun Sanusi ingin mengajar rakyat Kedah, lokasi yang perlu memakai pelitup muka dan lokasi yang tidak perlu kepada pelitup muka?

Bandingkan gambar yang Sanusi muat-naik dan gambar yang telah dimuat-naik oleh Rara sebelum ini. Yang beza cuma Rara bergambar di tepi pantai dan Sanusi bergambar di tepi jalan, itu sahaja perbezaannya.

Rara telah membuat kenyataan mohon maaf secara terbuka kerana melanggar SOP seperti yang telah ditetapkan dan sedia disiasat oleh Polis. Manakala Sanusi masih membisu. Adakah Sanusi sanggup memohon maaf atau beliau akan mengeluarkan dalil baru untuk membenarkan tindakannya?

Jika Adun Ketari boleh disiasat oleh polis kerana tindakan beliau, bagaimana pula Adun Jeneri? Adakah pihak polis juga akan membuka kertas siasatan ke atas MB Kedah itu?

Atau cukup sekadar dalil-dalil “pejuang Islam” yang bakal membela tindak tanduk Sanusi? Jika itulah wajah Islam yang ingin dibawa oleh Pas, maka amat malang sekali. Agama diperkudakan untuk menghalalkan tindak tanduk orang politik yang menyokong parti-parti tertentu sahaja.

 

 

COMMENTS