Adun AMANAH Kedah santuni 21 keluarga India sempena Deepavali

Perintah kawalan pergerakan yang sedang dilaksanakan kini tidak menghalang usaha meneruskan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan termasuklah masyarakat keturunan India yang sedang menyambut sambutan hari Deepavali.

Bagi Adun Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh mendekati masyarakat tersebut khususnya mereka yang uzur dan memerlukan tetap diteruskan sebagai suatu aktiviti rutin yang telah pun diamalkan sejak sekian lama.

 

“Ziarah diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa buah keluarga dan masyarakat keturunan India yang menyambut hari perayaan Deepavali.

“Sebanyak 21 buah keluarga diziarahi serta disampaikan sumbangan kepada mereka yang berada dalam kawasan Dun Pengkalan Kundor, Kedah termasuklah Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedahserta beberapa kawasan lain.

“Adalah menjadi harapan dengan ziarah yang dilakukan sedikit sebanyak akan dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga terlibat khususnya golongan yang memerlukan,” tegas beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah.

BACA ARTIKEL PENUH

COMMENTS