“Frontliner” cedera, khemah sekatan jalan raya PKPB dilanda hujan lebat

Kuala Lumpur, 15 November 2020 – Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur cedera di kepala selepas khemah sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) runtuh dilanda hujan lebat di Plaza Tol Duta, di sini, petang tadi.

Mangsa, Koperal Nazmi Abdullah yang berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya kemudian telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau kini masih ditempatkan di Wad Kecemasan Zon Kuning, HKL.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mendoakan agar Koperal Nazmi dikurniakan semula kesembuhan dan terus dikuatkan semangat untuk kembali berkhidmat kepada negara.

#PKPB #COVID-19

POSTING PILIHAN: “FRONTLINER” CEDERA, KHEMAH SEKATAN JALAN RAYA PKPB RUNTUH DILANDA HUJAN LEBAT

Kuala…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, 15 November 2020

Sumber: JSPT KL

COMMENTS