Anwar dirayu bentuk kabinet bayangan dalam masa seminggu

Presiden Upko Wilfred Madius Tangau merayu kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk membentuk kabinet bayangan.

Dia menegaskan pembangkang harus segera bertindak dalam menghadapi pengisytiharan darurat yang disifatkannya sebagai serangan terhadap demokrasi.

“Kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, saya mohon agar kabinet bayangan diatur dalam seminggu, dan segera kemukakan polisi alternatif pembangkang mengenai wabak dan ekonomi.

Berita politik semasa|Jawatankuasa bebas kerajaan dibentuk semasa darurat

“Tolong pengerusikan mesyuarat kabinet bayangan Harapan Plus pertama pada hari Rabu depan, melalui (aplikasi) Zoom,” katanya.

Katanya, Pakatan Plus harus bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ‘melepasi batas’ dengan mengisytiharkan darurat.

Harapan Plus merujuk kepada gabungan Pakatan Harapan dan sekutunya yang terdiri daripada Warisan dan Upko sejak gabungan itu tumbang pada Februari tahun lalu.

Wilfred berkata, Harapan Plus telah membuang banyak masa sejak itu.

“Kita tidak mempunyai Kabinet bayangan walaupun mempunyai kira-kira 40 bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Kita bahkan tidak dapat mengemukakan Belanjawan Bayangan sebelum 6 November. Saya malu,” katanya.

Wilfred berkata pembangkang tidak boleh meneruskan strategi mereka pada ketika ini untuk terus menyerang kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin.

isu semasa |PKP: Mereka yang terkandas dibenar rentas negeri hingga Jumaat

“Sebaliknya, kita harus bekerja keras untuk menawarkan yang lebih baik sehingga kita dapat masuk melalui pintu depan dengan majoriti yang kuat, teguh dan meyakinkan setelah Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.

Berita Asal

COMMENTS