[VIDEO] “Semoga syurga tempat awok”, Kes Bunuh Surya.

Kuala Lumpur: “Terima kasih untuk segalanya. Awak rehat dengan tenang ye. Sampai masa giliran saya pulop (pula),” demikian luahan hati teman lelaki Siti Surya Ismail, 19, yang dibunuh Ahad, lalu.

Muhammad Haikal Adnan, 19, memuat naik hantaran sebuah video kenangan bersama teman wanita yang dikenalinya itu sejak dua tahun lalu.

Katanya, Allahyarham Siti Surya sangat disenangi dan disayangi ramai kerana keperibadian baik wanita itu.

“Awak baik, ramai sayang awak, ramai mari (datang) tengok awak.

“Semoga saing (kawan) awak dapat balasan sepadan dengan dia buat ni,” katanya dalam keterangan video yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

Sehingga kini, video berdurasi 2 minit 24 saat yang memaparkan kenangan Siti Surya ketika hayatnya bersama Muhammad Haikal dan detik menjaga ibunya yang terlantar akibat kanser otak itu meraih lebih 2.2 juta tontonan serta lebih 14,000 komen.

Lebih meruntun hati gambar serta rakaman video gelagat Siti Surya turut dimainkan dengan lagu berjudul Kemarin dendangan penyanyi kumpulan dari Indonesia, Seventeen yang bait lagunya kena mengena dengan situasi dialami Muhammad Haikal.

Rata-rata kenalan dan warganet turut mengucapkan takziah dan kata-kata semangat kepada Muhammad Haikal yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Siti Surya pada tahun hadapan.

Dalam kejadian 2.30 petang Ahad lalu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan di ruang tamu di rumah mereka di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia 19 tahun yang juga rakan mangsa untuk membantu siasatan.

Suspek yang masih belajar di Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

 

View this post on Instagram

 

terima kasih utk segalanya , awk rehat dgn tenang ye .. sampai mase giliran sy pulop 😌 awok baikk , ramai sayang awok , ramai mri tgok awokk.. smoge saing awk dpt balasan sepadan dgn die buat ni 😞

A post shared by Muhammad Haiqal Adnan (@ekalthe6) on

Arkitel : HMetro
Video : IG – https://www.instagram.com/ekalthe6/

COMMENTS