Nik Abduh perbodohkan penyokong sendiri!

YB Dato Mohd Khairuddin dua hari lepas telah memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan beliau sedang memberikan bantuan kepada beberapa orang penduduk tanpa memakai penutup muka.

Di dalam gambar yang dimuat naik oleh beliau sendiri di Facebook, kelihatan beliau tidak memakai penutup muka disaat penerima bantuan lain memakai penutup muka.

Tindakan beliau serta merta mendapat kecaman daripada warganet dan mengundang pelbagai reaksi.

Hari ini Nik Mohamad Abduh tampil mempertahankan tindakan YB Datuk Muhammad Khairuddin tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan Menteri Sawit dan Getah harus dipuji.

“Sahabat tanya saya perihal YB Dato Mohd Khairuddin, Menteri Sawit dan Getah itu, apasal tak pakai pelitup muka sampai kena hentam di ruang maya?

Saya jawab, baguslah beliau tak pakai.

Beliau tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak yang tak wajib pakai pelitup muka.

Usah terpengaruh dengan bebudak PH yang secara terancang viralkan gambar-gambar YB Menteri yang tak pakai pelitup muka. Itu semua aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat.

Puji dan kritik hanya benar dan berpahala pada perkara yang benar sahaja.

Ambillah ingatan agama bahawa fitnah dan sebaran berita palsu berleluasa di akhir zaman.

#PatuhiSOP
#MalaysiaSejahtera
#Istiqamah

COMMENTS