[VIDEO] “Mana mau lari”, Seorang lelaki ditahan pecah masuk kedai makan

 

PARIT BUNTAR: Lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai makan di Jalan Keli, Taman Kerian Permai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, berkata lelaki berkenaan ditahan orang awam dalam kejadian jam 11 pagi, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, curiga dengan tindakan lelaki itu, pekerja terbabit mengekori suspek dan mengintip tindak tanduknya dari luar premis.

“Sejurus mendapati suspek berada di dalam kedai, pekerja berkenaan menjerit dan menyebabkan suspek terkejut, terus melarikan diri bersama wang dicuri ke kawasan Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhwan.

“Bagaimanapun, tindakan pantas pengadu dan rakannya, suspek berjaya diberkas di kawasan tanah perkuburan itu.

“Pihak polis yang dimaklumkan kejadian itu segera ke lokasi dan membuat tangkapan semula suspek dari orang awam untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi media.

Mazuki berkata, suspek berusia 33 tahun dan berasal dari Kulim ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Video dan gambar kejadian itu yang sempat dirakam orang awam itu tular di media sosial tempatan mengundang pujian warganet yang memuji tindakan pantas dan berani beberapa lelaki hingga berjaya menahan suspek terbabit.

 

Berita penuh : BeritaHarian

COMMENTS