[VIDEO] PANAS!!! YB “kaki perempuan” dan “kaki disko”
Tular sebentar tadi satu siaran langsung (LIVE) yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bahawa ada seorang YB di sebuah negeri yang kini digelar “kaki perempuan” dan juga “kaki disko”.
Sebelum itu, pemilik akaun Facebook tersebut menyatakan bahawa YB di sebuah pulau itu dikenali sebagai seorang “kepala samseng” yang bercakap berkaitan halal dan haram seolah-olah beliau merupakan “ahli syurga” tanpa menyedari perbuatan dirinya telah dirakam oleh masyarakat sekeliling.
Bercakap dalam siaran langsung tersebut, pengguna Facebook tersebut mendedahkan bahawa YB tersebut sebagai seorang kaki mabuk dan kaki kelab malam. Beliau juga mendedahkan bahawa YB tersebut telah membawa kereta Exco Kerajaan Negeri untuk berkunjung ke sebuah disko di Kuala Lumpur.
Turut didedahkan juga, YB tersebut telah membawa seorang perempuan masuk ke dalam rumah sewa tanpa diketahui apa yang dilakukan. Perbuatan tersebut telah mendapat perhatian orang di sekeliling kediaman beliau termasuk “orang masjid”. Turut dimaklumkan bahawa perbuatan YB tersebut telah dirakam oleh beberapa individu.
Ikuti video siaran langsung pengguna Facebook tersebut.