[VIDEO] MB Kedah “kantoi” belanjawan main letak tajuk saja

Tular di media sosial semalam satu video yang menunjukkan MB Kedah, Muhammad Sanusi yang “terkantoi” apabila diasak teruk oleh Ketua Pembangkang, YB Dato’ Hj Phahrolrazi Zawawi. Sanusi dilihat terkial-kial ketika menjawab soalan dari Ketua Pembangkang DUN Kedah yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri.

Terdahulu Ketua Pembangkang mengajukan soalan berkaitan Belanjawan Negeri Kedah yang menyentuh berkaitan dengan peruntukan bagi projek berimpak tinggi kerana ia termaktub di dalam Belanjawan Negeri Kedah 2021.

Mengejutkan sidang dewan apabila Sanusi menyatakan dalam keadaan gugup bahawa, Projek Berimpak Tinggi yang dimasukkan dalam Buku Belanjawan Kedah 2021 itu hanya dimasukkan “Tajuk Semata-mata”.

Adakah kerajaan Kedah dibawah pimpinan Sanusi sekali lagi ingin berbohong? Tajuk dimasukkan semata-mata untuk menampakkan Sanusi hebat dalam mentadbir negeri Kedah? Rakyat Kedah juga ditipu “hidup-hidup” oleh Sanusi dan kerajaan PN di Kedah? Hakikatnya ia hanya sekadar tajuk sahaja tanpa sebarang peruntukan.

Sanusi sekali lagi “terkantoi”.

COMMENTS