Tak sangka ini sebab kenapa Pogba suka tengok “Omar & Hana”

Tak sangka ini sebab kenapa Pogba suka tengok “Omar & Hana”

Bintang bola sepak dunia yang juga pemenang Piala Dunia 2018 bersama skuad kebangsaan Perancis, Paul Pogba antara peminat kartun animasi dari Malaysia, Omar & Hana.

Pogba yang bermain untuk Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkongsi aktiviti itu di laman sosialnya semalam yang turut mengejutkan ramai pengikutnya di seluruh dunia.

Mana tidaknya, daripada ribuan kartun animasi yang disiarkan seluruh dunia, tonggak tengah itu melayan kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di kaca TV miliknya.

Dalam status dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya itu, dia mengakui menonton program itu bersama keluarga selepas membeli TV baru di rumahnya.

“Bersama C62+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” katanya yang memiliki hampir 25 juta pengikut di laman sosial itu.

Hantaran Pogba itu juga mendapat sebanyak 148,000 tanda suka dan komen hampir 3,400 serta perkongsian mencecah seribu kali.

Tidak ketinggalan rakyat dari negara turut memberi komen dengan tidak menyangka Pogba menonton kartun itu.

“Wow Pogba pun tengok Omar Hana..tahniah,” tulis Faisz Amin.

Malah ada yang mencadangkan agar Pogba turut melayan beberapa kartun Malaysia yang lain seperti Upin Ipin dan Ejen Ali.

“Ejen Ali dan Upin Ipin pun best jugak layan abe (Pogba),” kata Mohd Hairi.

Ini sebabnya

Untuk rekod, animasi Omar dan Hana adalah kartun berunsurkan Islamik dan menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu bapa yang dihasilkan syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD). sumber

COMMENTS