Najib Penjenayah VIP pertama Malaysia, bebas & dapat passport – Dr M

Najib Penjenayah VIP pertama Malaysia, bebas & dapat passport – Dr M

Najib penjenayah VIP pertama Malaysia, dapat semula pasport. Tindakan mahkamah membenarkan pemulangan pasport beberapa bekas pemimpin bagi tujuan perubatan dan lawatan dianggap ‘luar biasa’ oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut mempersoal keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula pasportnya bagi kegunaan sementara.

“Kes ni adalah satu kes luar biasa. Datuk Seri Najib ni nampak sihat, boleh pergi ke Parlimen, boleh pergi ke sana sini berkempen, tapi tidak sihat untuk dibicara dalam mahkamah.

Dr Mahathir mempersoal keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara.
“Sekarang ini dia boleh dapat pasport pergi ke negara lain, dan bukan itu saja. Dah dapat pasport, boleh tangguh pula pasal dia nak berkempen,” kata Dr Mahathir pada sidang media di ibu negara petang tadi.

Dr Mahathir menegaskan, Najib sudah dihukum bersalah oleh mahkamah dan sepatutnya menjalani hukuman penjara ketika ini.

“Tapi orang ni dah kena hukum salah, tapi tak masuk penjara dan dapat escort (pengiring) macam VIP. Dia penjenayah VIP pertama di Malaysia,” ujarnya.

Selain itu, Dr Mahathir turut menempelak corak pemerintahan ketika ini yang didakwanya menampakan ketidakadilan.

“Jadi, saya tak tahu apa dia jenis pemerintahan ini. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh.

“Orang ini boleh, orang itu tak boleh. Mana ada keadilan,” katanya lagi.

Mahkamah Rayuan pada 18 Oktober lalu, membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya untuk kegunaan sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura bagi tujuan sama.-IR

COMMENTS