“Tak cukup lagikah RM5 Billion?” – Pemuda Amanah

“Tak cukup lagikah RM5 Billion?” – Pemuda Amanah

TAK CUKUP LAGI KA RM5 BILLION??

MALAYSIA AKAN LEBIH PARAH JIKA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (KWAN) TERUS DIGUNAKAN

Pertama wang simpanan KWAN ini hanya diperuntukkan sebagai dana terakhir bagi negara untuk generasi masa hadapan jika negara kehabisan sumber pendapatan antaranya gas dan minyak.

Kedua, dana KWAN hanya perlu diluluskan melalui proses sidang Parlimen.

Ketiga, orang ramai berhak tahu serta mengetahui berapa jumlah kiraan wang sebenar untuk kegunaan “Vaksinasi” melalui dana KWAN.

Persoalanya adakah apabila KWAN digunakan, dana ini tidak perlu diberi penjelasan teperinci atau pun digunakan secara bebas tanpa penelitian audit? 5 billion sudah diambil dan terkini masih tidak mencukupi.

Kenapa kerajaan tidak pinjam saja daripada sumber yang ada dalam kewangan domestik? ini yang rakyat harus faham “Hutang harus dibayar, KWAN tidak perlu bayar”.

Sepanjang KWAN ditubuhkan ia tidak pernah digunakan walau negara hadapi krisis teruk ekonomi 1998 & 2008, ini fakta.

Jangan samakan dana KWSP dengan KWAN oleh “Kluster Kerajaan Gagal” yang betul – betul terdesak mengeluarkan kenyataan media.

“Pecah tabung KWAN tak sama seperti ambil duit KWSP, dana ini sama seperti pecah tabung pendidikan anak, cucu dan cicit kamu”

Perkembangan ini sangat membimbangkan, rata-rata pakar ekonomi berpandangan ia satu tindakan kerajaan yang kurang cermat malah amat merbahaya.

Sebagai rakyat kita harus mendesak kerajaan supaya “tolong hentikan” serta darurat perlu ditamatkan segera. Kembalikan hak suara rakyat.

FADLI HUSSIN
Perhubungan Ekonomi & Korporat Pemuda AMANAH Negeri Kedah

COMMENTS