Mokhtar Senik “merajuk” kawan baik lupa diri sebab pangkat dan jawatan

Jujur saya katakan sya sering teragak2 untuk send makluman kpd teman2 dan sahabat tentang program Jom Menadah Kitab yg diadakan jam 9.00 pagi dan 10.00 mlm. Sbb sya tak tahu adakah sipenerima msg makluman itu suka atau tidak. Saya tidak mahu menggangu mereka.

Masih teringat2 peristiwa setahun lepas. Bila saya selalu send makluman program daurah saya sepanjang PKP kepada seorg sahabat bergelar Ahli Parlimen.

Kerana merasakan hubungan kami agak rapat sebelum beliau menjadi ADUN dan kemudiannya MP, maka setiap akan bersiaran sya akan send jadual tersebut kepada beliau.

Namun akhirnya saya perasan beliau seakan2 terganggu dgn makluman2 tersebut. Lalu saya PM beliau dan berkata “maaf laa akhi kalau msg2 ana mengenai makluman daurah itu menganggu anta”.

Lalu beliau balas “TAU TAKPE”. Tekejut saya..sebegitu pantas pangkat dan jawatan merubah diri beliau. Sejak itu saya tidak lagi memaklumkan apa2 mengenai program daurah tersebut.

Dengan peristiwa itu sya ragu2 untuk menghantar makluman kpd sahabat2 yg lain. Mana tahu sahabat yg lain juga tidak senang dgn msg2 seperti itu…

UMS
Kuantan Pahang.
6.5.21.

COMMENTS