Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dari bot

Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya ketika berada di tengah laut berdekatan Sungai Udang, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 12.05 tengah hari berhubung insiden berkenaan.

Berita semasa |Terkini!!! Menteri di Jabatan Perdana Menteri positif Covid-19

“Kita menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki terjatuh ke dalam laut, jam 8.40 pagi tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda serta Nibong Tebal dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di kawasan mangsa dikhuatiri terjatuh,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Politik semasa |Suara ‘Keramat’ Akar Umbi, Selamat Tinggal Bersatu!!!

Operasi SAR kini masih diteruskan.

Berita Asal

COMMENTS