Seorang Tan Sri dah digulingkan, Seorang Tan Sri lagi menunggu masa

Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sejurus selepas dia dipecat daripada jawatan setiausaha agung BN.

Rakaman mesej kepada Ahmad Zahid itu dikongsi melalui Twitter, sebentar tadi selepas mengetahui berita pemecatannya bagi jawatan itu melalui media.

Annuar turut memuat naik tangkap layar mesejnya kepada Zahid yang dihantar menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Saya diberitahu media saya dipecat sebagai SUA (Setiausaha Agung) BN dan MN (Muafakat Nasional).

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua (jawatan) tersebut sebelum ini. Selamat maju jaya (Datuk Seri) Presiden,” tulis Annuar.

Berita semasa |“Sembang Pandai”, akhirnya Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan BN memecat Annuar sebagai setiausaha agung parti itu, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh seorang pemimpin kanan Umno kepada Malaysiakini. Manakala sumber lain yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberitahu Malaysiakini bahawa jawatan Annuar akan digantikan oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang juga setiausaha agung bersama MN.

Berita Berkaitan|Ku Li menyatakan bahawa pemimpin Umno hanya utamakan diri sendiri

Kata sumber, keputusan itu dibuat selepas pertemuan Umno dengan ketua-ketua bahagian parti di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi ini

Menerusi ciapannya juga Annuar berkata dia tidak berhasrat untuk mengulas isu pemecatan itu.

Katanya, buat masa ini adalah tempoh bertenang untuknya.

“Ramai yang minta komen.. saya tiada apa komen buat masa ini.. Tempoh bertenang,” katanya lagi.

–malaysiakini

COMMENTS