Suara ‘Keramat’ Akar Umbi, Selamat Tinggal Bersatu!!!

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan majlis tertinggi (MT) parti itu baru-baru ini bersetuju pada dasarnya untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Bersatu.

Bercakap di Alor Setar Kedah bekas timbalan perdana menteri itu berkata pendirian itu bagaimanapun akan dimuktamadkan dalam perhimpunan agung Umno pada 31 Jan ini.

“Usul menolak kerjasama dengan Bersatu yang dibawa bahagian Umno dibangkitkan dalam mesyuarat MT dan kita memutuskan menerima usul itu.

“Setakat ini keputusan MT ialah menolak (kerjasama dengan Bersatu dalam PRU ke-15).

“Umno akan lakukan keabsahan pada 31 Jan ini pada perhimpunan agung Umno dan akan dimasukkan dalam usul ucapan dasar presiden,” katanya seperti dipetik BH Online.

Berita semasa |Mesyuarat Tergempar!!! PAS pilih Umno atau Bersatu???

Hubungan di antara Umno dan Bersatu terus menegang ketika pemimpin kedua-dua parti saling berbalas kenyataan.

Ia berlaku ketika tahap sokongan yang diterima Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin terus menjadi perhatian dan hayat kerajaan dan Umno terus mendesak agar PRU diadakan.

Berita Berkaitan|Tinggalkanlah Umno, Pas perlu tetapkan “pendirian” bersama Bersatu

Petang tadi Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan dia tidak lagi menyokong Muhyiddin dan PN. Ia menjadikan ketika ini PN hanya didukung 110 daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

Sementara itu Naib Presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen berkata partinya menghormati pendirian Umno.

Pada masa sama exco kerajaan Melaka itu berkata mereka sudah memperkukuhkan hubungan dengan PAS dengan merancang pelbagai program membantu rakyat.

“Kita menghormati hak parti lain untuk tentukan hala tuju parti mereka,” katanya yang dipetik BH Online di Taman Krubong Jaya.

Dalam konteks Melaka, Mohd Rafiq berkata usul dari enam bahagian Umno di negeri itu yang menolak kerjasama dengan Bersatu tidak menjejaskan kerajaan negeri.

“Kemelut polemik politik yang berlaku sekarang tidak menjejaskan perpaduan PN yang kukuh ketika ini,” katanya yang juga pengerusi PN Melaka.

Berita Asal

COMMENTS