Sanusi seronok tengok model KDA FC tidak bertudung

Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencipta sejarah baru selaku Presiden KFA kerana apa sahaja yang keluar di zaman beliau akan dikritik oleh penyokong setia pasukan Hijau Kuning.

Sebelum ini KFA dan KDA FC teruk dikecam isu logo baharu yang mencetuskan kemarahan rata-rata penyokong kerana didakwa tidak telus.

Isu pembatalan kontrak pemilikan KDA FC oleh sebuah syarikat tempatan yang dibuat pada saat-saat akhir juga turut menggemparkan arena bolasepak negara.

Hari ini sekali lagi, presiden KFA mencipta satu lagi sejarah apabila video pelancaran jersi bola sepak KDA FC yang dilancarkan siang tadi mendapat kritikan dari penyokong pasukan dari utara tanah air itu.

Imej wanita yang tidak bertudung, serta menggayakan baju jersi pasukan KDA FC dalam gaya yang seksi turut menjadi kritikan penyokong pasukan Kedah.

Facebook Malaysia30 turut memuat naik kritikan terhadap video pelancaran itu.

“Inikah imej patuh Syariah??? Tak pa ka imej wanita seksi tidak bertudung ini ditonjolkan?

“Semenjak Menteri Besar Kedah dari Pas ini dilantik sebagai Presiden KDA FC, bola sepak Kedah semakin meriah..

“Apa pendapat hampa!!! tuan Presiden nak promot apa sebenarnya?? Islam redho ka macam ni tuan Presiden?? 🤔

Adakah Sanusi selaku Presiden KFA tidak melihat dahulu video tersebut? Atau memang Sanusi bersetuju mengeksploitasikan wanita dalam iklan milik KDA FC itu? Hanya Sanusi yang ada jawapannya!

COMMENTS