Penjawat amam dapat Bantuan Khas Aidilfitri pada 6 Mei

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 untuk pesara kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pemberian berkenaan turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak, pegawai sambilan harian (PSH), kontrak untuk perkhidmatan serta lantikan di bawah MySTEP.

Katanya, bantuan khas itu bakal memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara serta akan dibayar bersama dengan pembayaran gaji pada 6 Mei ini.

“Pengumuman pemberian bantuan khas ini dibuat lebih awal berbanding tahun sebelum ini atas keprihatinan kerajaan membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan berharap dengan pemberian ini ia dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-HM

COMMENTS