46 doktor pakar hantar cadangan kepada PM, di mana Menteri Kesihatan?

Sekumpulan 46 orang doktor pakar hari ini mengutuskan satu memorandum terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan kebimbangan mereka terhadap pengurusan pandemik Covid-19 negara yang dikatakan memberi gambaran yang suram dan tidak terkawal.

Mereka turut menyatakan keresahan warga Kementerian Kesihatan terhadap laporan harian kes yang bukan sahaja tidak menunjukkan trend penurunan sebaliknya mencatat peningkatan drastik kes baru setiap hari walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain

Berikutan itu, sekumpulan doktor yang juga merupakan pemimpin pelbagai pertubuhan kesihatan berkenaan turut mengusulkan 10 cadangan tindakan segera bagi menghindari Covid-19 di Malaysia sebelum ia menjadi lebih kritikal.

Baca 10 cadangan doktor pakar di sini

Perkara itu menjadi polemik apabila peranan Menteri Kesihatan dipersoalkan rakyat. Dalam keadaan situasi genting ketika negara mencatat lebih 3,000 kes sehari ini, sepatutnya menteri yang bertanggungjawablah yang mengusulkan langkah-langkah susulan yang sepatutnya diambil kerajaan dalam berdepan pandemik berkenaan.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sendiri menjangkakan, kes baru Covid19 boleh mencecah ke angka 5000 kes sehari menjelang Mei 2020 jika tiada langkah-langkah sepatutnya dilakukan.

Kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia. Sumber: Facebook Dr Noor Hisham Abdullah

10 cadangan oleh kumpulan doktor pakar itu perlu ditimbang dan diambil perhatian oleh kerajaan terutama item kesepuluh iaitu “kerajaan jangan mempolitikkan pandemik ini, sebaliknya mendapatkan konsensus bipartisan dan pendekatan untuk melandaikan lengkuk pandemik”.

Ini juga bermaksud segala ketidaktentuan politik hari ini perlu ditamatkan segera supaya kerajaan boleh menumpukan perhatian untuk berhadapan musibah ini dan tidak sekali-kali mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat. Usahlah bersungguh mempertahankan kedudukan jawatan dan politik di kala rakyat yang akan menjadi mangsa.

Sumber: InfoNegaraKini

COMMENTS