Kes baharu Covid 19 menurun, catat 14,954 kes

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini semakin menurun apabila merekodkan 14,954 kes baharu, menjadikan keseluruhan 2,097,830 kes setakat Ahad.
Jumlah itu dilihat menurun berbanding 15,549 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,707 jangkitan baharu. la diikuti dengan Selangor
(2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420)dan Sabah (1,356).Selain itu, Pulau Pinang dengan 1,259 kes, Perak (1,222), Kedah (809), Pahang (705), Terengganu
(671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207) Negeri Sembilan (144), dan Perlis (76).

Putrajaya dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 19 dan 0 kesSementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19
baharu telah dikesan dan menjadikan keseluruhan 5,282 kluster setakat ini.”Daripada jumlah itu, 3,934 kluster telah tamat manakala 1,348 lagi mash aktif,” katanya.
Katanya, sebanyak 23,469 kes sembuh pada Ahad, menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak1,863,922 kes

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,194 kes, manakala 665 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. –MS

COMMENTS