Kerajaan tidak akan menarik balik kebenaran rentas negeri walau kes naik

Kerajaan tidak akan menarik balik kebenaran rentas negeri meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19, kelak.

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya akan melakukan penutupan secara bersasar di kawasan yang dikesan berlaku penularan jangkitan sahaja.

“Apabila pembukaan ini dilakukan, maka ia akan diteruskan walaupun berlaku peningkatan (kes COVID-19).

“Kita tidak akan tutup keseluruhan, contohnya kalau kes di Langkawi, kita tidak akan tutup semua kawasan itu,” katanya pada sidang media khas di sini pada Ahad.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, ketika ini kerajaan belum menetapkan tempoh peralihan fasa endemik.-AA

COMMENTS