Gempar! Umno dijangka umum kerjasama dengan PN Khamis ni?

Umno dijangka umum kerjasama dengan PN Khamis ini.Majlis Tertinggi (MT) Umno akan menentukan sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata MT Umno akan bermesyuarat Khamis ini dan dijangka akan membuat ketetapan mengenainya.

“Tunggu sahaja (mesyuarat) MT nanti.

“Apa-apa akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Khamis,” katanya seperti dilapor portal rasmi kerajaan negeri Melaka Hari Ini.

Pada 5 Okt lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Katanya cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.

Kata Ab Rauf, nasihat agar DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kepada Mohd Ali dan ia dipersetujui.

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Melaka dilanda kemelut politik selepas empat Adun kerajaan diketuai bekas ketua Menteri, Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.

Dalam pada itu, Ab Rauf ketika ditanya sama ada Umno bersedia sekiranya bakal menghadapi perlawanan tiga penjuru dalam PRN nanti.

Ab Rauf bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mahu menunggu keputusan mesyuarat MT Umno.

“Apa-apa kita tidak tahu lagi. Tunggu sahaja mesyuarat Khamis ini untuk segala kemungkinan,” kata An Rauf lagi.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin hari ini berharap tiada pertembungan tiga penjuru antara PN dan BN ketika berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH).-MK

COMMENTS