Gempar! Siti Saleha mengaku sudah tuntut cerai?

Gempar! Siti Saleha mengaku sudah tuntut cerai?

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Siti Saleha berhadapan masalah apabila pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi bagi sebutan kes penceraiannya.

Memetik portal mStar Online, prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha itu agak mengejutkan apatah lagi pelakon itu sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial.

Malah, hasil tinjauan mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsikan gambar mesra bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017. Pasangan itu masih belum mempunyai dikurniakan cahaya mata.-Mstaronline

COMMENTS