Gempar! Ahli parlimen Labuan bakal didakwa esok

Gempar! Ahli parlimen Labuan bakal didakwa esok

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok.
Perkara itu disahkan Rozman ketika dihubungi Astro AWANI.

“Esok saya ada pertuduhan (SPRM) di mahkamah Kuala Lumpur. Saya akan buat kenyataan media selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai pendakwaan itu.

Katanya, Ahli Parlimen Labuan itu akan didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa, mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini, suruhanjaya itu akan mendakwa seorang ahli parlimen di mahkamah tersebut pada jam sembilan pagi esok.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan nama ahli parlimen itu.-AA

COMMENTS