Banyak masalah di bawah kerajaan PN, Pas anggap ia satu pujian bila rakyat marah

Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Ketua Pemuda PN merangkap Ketua Pemuda Pas Pusat, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin

Penularan isu-isu sensitif agama dan masyarakat Melayu seperti isu kartel, aplikasi SugarBook dan iklan judi raya menyebabkan ada orang mendakwa kerajaan PN gagal mengawalnya. Apa komen YB?

Kalau kita lihat dari sudut yang lain, bukankah hebat kerajaan PN? Baru setahun sudah keluar semua itu. Kartel daging, kartel kontrak RM3.8 bilion yang telah bermula sejak 2014, kartel imigresen yang membawa pendatang tanpa izin, semuanya ditimbulkan sekarang.

Bukankah itu menunjukkan yang kerajaan tidak menguasai polis, kerajaan tidak menguasai Jabatan Imigresen. Kalau dahulu kenapa perkara itu tidak timbul. Barisan Nasional (BN) memerintah berapa tahun, kenapa tidak timbul? PH 22 bulan, kenapa tidak timbul? Kenapa baru 12 bulan kami boleh timbulkan semua itu? Kena tengok dari sudut yang berbeza.

Pada saya itu satu pujian kepada kerajaan kerana sewaktu PN memerintah semua ini ditimbulkan. Bayangkan kontrak RM3.8 bilion berlegar dalam kalangan kontraktor, individu yang sama. Dan yang paling menarik, tengok pihak polis. Pada zaman PN memerintah, rampasan-rampasan dadah yang dibuat bukan satu kilogram, tetapi bertan-tan.

Pada saya, itu satu pujian terhadap langkah awal Perdana Menteri melantik pemimpin-pemimpin yang bebas daripada rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM. – UD

COMMENTS