[VIDEO] Asap Tebal, Medan Selera Tanjung Bungah Terbakar

Medan Selera Tanjung Bungah di Jalan Tanjong Bungah Pulau Pinang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10.15 pagi Sabtu.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Mohd Rizuan Ramli pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd Ridzuan berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kedai makanan jenis terbuka iaitu medan selera.

“Anggaran peratusan kemusnahan adalah 70 peratus yang mana api berjaya dikawal pada jam 10.50 pagi. Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata setakat tengah hari tadi, kerja pemadaman masih dijalankan dengan bantuan anggota dari BBP Jalan Perak dan Bayan Baru.

Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diperolehi dan punca kebakaran sedang disiasat.

Kredit Video : HMetro

COMMENTS