Kerajaan Muhyiddin sudah gila?

Hari ini Pak Mail Tebuk atap umumkan, PKPB akan dilaksanakan diseluruh Negara bermula 9 November selama sebulan kecuali beberapa negeri di Perlis, Kelantan dan Pahang.. Apakah Kerajaan mahu membunuh Ekonomi Rakyat? Apakah Kerajaan Gila?

Hari inipun bila Lembah Klang ditutup, ekonomi dan pelancongan seluruh Negara terjejas teruk. Apalagi bila semua negeri akan laksanakan PKPB. Bagi aku cukuplah tutup sempadan negeri dan daerah, ekonomi tempatan dan domestik perlu dihidupkan.

Bila sektor pekerjaan, pejabat ditutup, agak-agak berapa ramai peniaga kecil akan terjejas? Apa lagi bila kerajaan laksanakan undang-undang bodoh dengan kapasiti kenderaan dengan 2 orang penumpang.

Ini betul-betul gila. Sebabkan tindakan bodoh kerajaan dan menteri sebelum ini ghairah merampas Sabah, rakyat jadi mangsa.

Kalau macam ni eloklah pemimpin PH dan Pembangkang bersatu tolak belanjawan. Depa memang nak mencari Dharurat. Kalau tak mampu kawal wabak Covid-19, serah saja pada Pakatan Harapan. PM tebuk atap dan kerajaan PN terbukti gagal.

Ipohmali

Sumber :

PKPB AKAN DILAKSANA SELURUH NEGARA..KERAJAAN NAK BUNUH EKONOMI RAKYAT ?

Hari ini Pak Mail Tebuk atap umumkan, PKPB akan…

Posted by Ahmad Muslim Badawi Badawi on Saturday, 7 November 2020

COMMENTS