Pemimpin Pas kini bermewah, tidak lagi pertahan rakyat – Asri janggut

Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid kesal dengan sikap pemimpin Pas yang enggan bersuara mempertahankan rakyat dalam isu pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mohd Asri, terkenal dengan gelaran Asri Janggut berkata, pemimpin Pas kini sudah berubah selepas mendapat jawatan dan hidup mewah.

“Apabila rakyat memerlukan RM10,000 dari KWSP pemimpin Pas seolah-olah langsung membisu, langsung tidak berjuang untuk rakyat,” catatnya di Facebook.

Asri yang sebelum ini menghangatkan negara apabila membongkarkan kegiatan pusat judi dan peniaga asing sekitar Sungai Buloh berkata, Pas juga membisu tentang masjid yang masih ditutup akibat Covid-19.

Katanya pemimpin Pas hanya sibuk berpolitik dan bermesyuarat sepanjang Covid-19 melanda negara.

“Mana pergi idea-idea bernas pemimpin kita untuk membantu rakyat?

“Pas sudah ada kuasa, sudah jadi wakil kerajaan, apa lagi alasan,” soalnya.

Bismillah….

Saya kenal PAS sejak dari kecil,arwah Bapa saya Ahli PAS, saya juga sokong PAS dengan Sepenuh Hati, saya…

Posted by Asri Janggut on Monday, 7 December 2020

COMMENTS