Rare Earth Element RM43 trillion: Sanusi jadi bahan ketawa netizen

Menteri Besar Kedah hari ni mengumumkan dalam sidang media mingguan beliau bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM43 trillion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.

Rakaman video yang tersebar itu kemudiannya menjadi tular di media sosial serta disiarkan di portal berita Harakahdaily sekaligus menjadi bahan jenaka netizen yang rata-ratanya menyifatkan Sanusi yang juga Adun Jeneri itu terlalu melampau pembohongannya.

Menyedari berlaku kesilapan berkenaan perkara tersebut, portal harakahdaily pantas mengubah kandungan beritanya dengan memaparkan bahawa nilai sebenar bahan itu adalah RM62 billion – jauh berbeza dari apa yang diucapkan oleh Menteri Besar Kedah itu semasa sidang media tadi.

Tidak mahu mengalah atau mengakui kesilapannya, Sanusi kemudian menyiarkan penbetulan di laman facebook beliau, mengatakan jumlah RM43 trillion yang beliau sebutkan merujuk kepada anggaran untuk semua mineral yang tersimpan di bawah tanah untuk seluruh negara.

Episod jenaka ini jelas menunjukkan bahawa apa yang berlaku hanyalah bertujuan membangkitkan rasa kagum pengikut beliau yang sanggup ‘menelan’ apa sahaja pembohongan yang diucapkan tanpa mahu menilai dari segi logik akal.

Sementara itu, Utaradaily difahamkan projek penerokaan dan R&D sumber mineral ini telah dimulakan sejak setahun yang lalu, di zaman Dato Seri Mukhriz Mahathir masih memegang jawatan MB Kedah.

COMMENTS