PAS angkat “pendusta” jadi Ketua Dewan Ulama?

Beberapa hari yang lalu negara dikejutkan dengan pelantikan YB Senator Dato Ustaz Haji Ahmad Yahaya sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang baru kerana beliau dikatakan telah menipu kelayakan akademik.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sebelum ini merupakan bekas calon PAS DUN Alor Mengkudu pada PRU14 yang lalu. 

Apa yang menjadi persoalan adalah isu integriti beliau, dimana beberapa kenalan yang rapat dengan dirinya telah mula mempersoalkan status pendidikan Ketua Dewan Ulama PAS itu.

Beliau dikatakan tidak mempunyai sijil akademik seperti yang tertera di poster dan biodata kempen pilihanraya sebelum ini yang menyatakan beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-Undang serta beliau juga pernah melanjutkan pengajian di Universiti Islam Riau dalam bidang Ilmu Dakwah.

Sumber terdekat dengan beliau memaklumkan bahawa sekembalinya beliau dari Kaherah Mesir, beliau hanya memiliki 4 Sanawi dan beliau terus bergiat aktif dalam PAS.

“Sebagai kenalan rapat dia saru ketika dahulu, kami tertanya-tanya juga bilakah beliau sambung belajar?

“Kami sendiri tidak tahu tentang status akademik dia. Dia aktif dalam politik selepas balik dari Mesir, bila pula dia sambung di Al Azhar?” menurut sumber.

Adakah PAS langsung tidak menyelidiki terlebih dahulu latar belakang seseorang calon yang ingin diangkat memegang sesuatu jawatan dalam parti? Sebegitu mudah mereka memberi gelaran “Ketua Dewan Ulama” kepada seseorang yang dikatakan mempunyai masalah integriti?

Kini persoalan mula meniti dibibir para penyokong dan ahli parti PAS, benarkah Ketua Dewan Ulama PAS yang baru ini seorang yang mempunyai kekuatan keilmuan sehingga mampu untuk memimpin ulama-ulama lain di dalam PAS? Atau PAS telah mengizinkan seseorang yang mempunyai masalah integriti menjadi ketua ulama mereka?

BACA JUGA : MEMALUKAN | Ketua Dewan Ulama PAS disyaki beli ijazah?

COMMENTS