Carlos Teves ke JDT, KDA FC bakal jadi “lauk” sekali lagi musim ini?

Carlos Teves ke JDT, KDA FC bakal jadi “lauk” sekali lagi musim ini?

Pasukan dari selatan Tanah Air, Johor Darul Takzim (JDT) ketika ini sedang memperkuatkan pasukan dengan nama-nama besar dari liga luar negara. Terbaru JDT telah mengesahkan ketibaan bekas bintang Serie A, Fernando Forestieri semalam.

JDT juga dikatakan memberi petanda bakal membawa masuk seorang lagi nama besar lain ke saingan Liga Malaysia untuk saingan musim ini.

JDT sememangnya sinonim dengan pemain berasal dari Argentina. Selain Forestieri, antara nama lain yang pernah menyarung jersi skuad Harimau Selatan adalah seperti Pablo Aimar, Luciano Figueroa, Gonzalo Cabrera, dan ramai lagi.

Berdasarkan perkongsian terbaru pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, tunku Mahkota Johor (TMJ) di IG Story baru-baru ini, adakah ia petanda juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut itu sedang cuba memancing bekas penyerang Argentina, Carlos Tevez?

Melaui perkongsian tersebut, TMJ kelihatan berhubung dengan Tevez melalui panggilan video bersama seorang lagi individu tidak dikenali.

Tidak dapat dipastikan sama ada panggilan video tersebut bersifat kasual atau jika ia melibatkan perbincangan untuk Tevez menyertai JDT sebelum sepak mula musim baru Liga Malaysia pada Mac hadapan.

Perkongsian oleh TMJ itu pantas mencetuskan spekulasi di kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan. Ia juga tidak mustahil kerana segalanya berkemungkinan bagi kelab seperti JDT.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Tevez dikaitkan dengan perpindahan ke JDT. Bekas penyerang Manchester City itu pernah dikaitkan dengan JDT sejak 2019 lagi.

Pada ketika itu laman facebook rasmi pasukan itu telah memaparkan gambar Carlos Tevez dengan ucapan “See You Soon” (Jumpa anda nanti).

Pada ketika ini pasukan yang menjadi pencabar utama bagi JDT adalah pasukan dari utara Tanah Air, Kedah Darul Aman (KDA FC). Menamatkan kedudukan ditangga kedua pada saingan Liga Super tahun lepas menjadikan KDA FC sebagai pencabar utama JDT bagi saingan liga pada musim ini.

Namun dengan kehadiran nama-nama besar yang dibawa masuk oleh JDT pada musim ini, memberikan tamparan hebat buat pasukan dari utara itu. Adakah KDA FC sekali lagi akan “menggigit jari” sekadar menjadi pasukan kedua terbaik liga. Persaingan yang semakin menarik diantara kedua-dua pasukan ini bakal mewarnai kancah liga pada musim ini yang menjanjikan persaingan yang lebih sengit.

 

COMMENTS