MEMALUKAN | Ketua Dewan Ulama PAS disyaki beli ijazah?

Ketua Dewan Ulamak PAS yang baru YB Senator Dato Ustaz Haji Ahmad Yahaya didakwa memalsukan kelayakan akademik beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sebelum ini merupakan bekas calon PAS DUN Alor Mengkudu pada PRU14 yang lalu. Namun telah dikalahkan oleh calon Pakatan Harapan, YB Dato Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Menurut sumber terdekat dengan Ketua Dewan Ulamak Pas itu, beliau yang lahir pada tahun 1975 telah menamatkan pengajian di Kaherah Mesir dengan hanya memperolehi 4 Sanawi sahaja.

Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1999, beliau terus aktif berpolitik dalam PAS di Kedah.

Bermula usia 24 tahun, beliau mula menjawat pelbagai jawatan dalam PAS. Sepanjang tempoh dari 1999 hingga tahun 2012, sumber terdekat memaklumkan bahawa mereka tidak pernah mendapat maklumat beliau ada menyambung pengajian ke luar negara dalam tempoh tersebut.

Hasil carian di internet mendapati profil calon beliau ketika bertanding pada PRU 14 yang lalu, jelas memaparkan kelayakan akademik beliau yang dikatakan mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-Undang serta beliau juga pernah melanjutkan pengajian di Universiti Islam Riau dalam bidang Ilmu Dakwah.

Hasil risikan di UIN Sultan Syarif Kasim Riau mendapati bahawa hanya terdapat empat program sahaja di Fakulti Dakwah Komunikasi tersebut. Antaranya adalah:

  1. Pengembangan Masyarakat Islam
  2. Bimbingan Kaunseling Islam
  3. Ilmu Komunikasi
  4. Manajemen Dakwah

Menurut sumber terdekat kedua-dua pencapaian akademik tersebut diragui dan mengesyaki Ketua Dewan Ulamak Pas tersebut telah menipu atau membeli sijil berkenaan.

Kini timbul satu persoalan adakah ia merupakan maklumat palsu ataupun beliau sendiri telah membeli ijazah tersebut?

 

 

COMMENTS