GEMPAR !! Ramai pimpinan PAS tipu sijil memalukan imej Islam?

GEMPAR !! Ramai pimpinan PAS tipu sijil memalukan imej Islam?

Sebagai pimpinan parti yang dikatakan membawa panji Islam, sepatutnya sifat ketidakjujuran tidak perlu wujud dalam diri dan parti PAS.

Agamawan yang kononnya membela hak Islam perlulah menjaga integriti diri sendiri terlebih dahulu dan menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat.

Sebelum ini, telah tular di media sosial yang mendakwa kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar yang dimiliki Kamarudin Sidek bekas Pesuruhjaya PAS Melaka adalah tidak benar. Bingkas menjawab isu tersebut, beliau mendakwa akan menunjukkan bukti pengajian beliau itu, namun sehingga kini masih belum keluar di media atau kenyataan rasmi dari beliau sendiri. Adakah beliau terlupa untuk mencari sijil tersebut atau sememangnya tidak pernah wujud?

Hal yang sama berlaku kepada Ketua Dewan Ulama PAS hari ini yang jelas diakui rakan terdekat mengenai pengajiannya di Riau Indonesia sangat meragukan. Malah menurut sumber terdekat, mereka juga hairan bilakah Ketua Dewan Ulama itu menyambung pengajian di Indonesia dalam keadaan kesibukan beliau menguruskan parti PAS? Adakah Ketua Dewan Ulama PAS itu membeli sijil seperti didakwa sesetengah pihak?

Berdasarkan carian di laman web pusat pengajian tersebut, tidak ada langsung yang tertulis wujudnya Sarjana Muda Ilmu Dakwah.
Rakyat tidak kisah pun sekiranya calon-calon tersebut tidak mempunyai sijil kelayakan akademik yang baik, tetapi jangan sampai menipu terang-terangan.

Sebelum ini, ahli PAS antara yang lantang mempertikaikan kelayakan calon-calon PH semasa PRU-14 lepas dengan mendakwa calon-calon tersebut menipu sijil kelayakan akademik. Antaranya termasuklah Ahmad Faizal Azumu dan Zuraida Kamaruddin yang kini berada ‘sebumbung’ dengan kerajaan Malaysia pimpinan Ismail Sabri hari ini.

Adalah menjadi keaiban yang terlalu besar bagi PAS, apabila Ketua Dewan Ulama PAS sendiri tidak jelas mengenai status kelayakan akademik yang didakwa oleh beliau sendiri. Adakah parti PAS akan berdiam diri dan mengambil pendekatan menyembunyikan kebenaran dari pengetahuan ahli dan penyokong sendiri? Kini rakyat mula mempersoalkan sejauh mana integriti parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu. Adakah hanya modal untuk meraih sokongan politik semata-mata.

COMMENTS