Logo Kedah Darul Aman FC dapat “kecaman” penyokong Hijau Kuning

Hari ini secara rasminya logo baharu pasukan Kedah Darul Aman FC diperkenalkan kepada para penyokong melalui Facebook rasmi FA Kedah sekitar jam 2.30 petang tadi.

LOGO BAHARU KEDAH DARUL AMAN FC!
Tahniah diucapkan kepada pereka logo, Ku Basri Ku Halim yang telah dipilih sebagai pemenang Penjenamaan Logo KDA FC yang diumumkan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA di Wisma Darul Aman sebentar tadi.

Beliau akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 yang ditaja oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra.
TAHNIAH!!!
#KedahDarulAmanFC
#KDAFC

Di sebalik kegembiraan pengumuman pemenang pereka logo baharu pasukan Kedah Darul Aman FC itu, Facebook rasmi FA Kedah itu mendapat kecaman dari para peminat dan penyokong pasukan Hijau Kuning.

Mohd Asri Abu Bakar, “Top 3 pi mana? jem betoi..dok xdok keluaq yg ni..haha tak moden lgsg….dok nk yg lama tu jugak laa….patut dh jadi fc ni alang² tukar terus..xpala kot mana pon kita tetap sokong bola kedah…bukan tgk logo..jnj game mau cun dan paling pntg pengurusan mau lg cun…semoga maju jaya kedah ku..pkp!!!”

Shafrizal Halim,”Baik takpayah buat pertandingan. Buat mesyuarat bihun saja la pilih logo.”. Faridz Ishak, “Baik xyah buat pertandingan KFA… Ceroi punya logo… Kalo tau copy paste ja dari logo lama… Tacap skit.. Setel… Hahaha..Kesian kat org lain yg kerah idea buat logo..”

Ada juga komen-komen yang mendoakan kejayaan pasukan Kedah namun perasaan hampa dan kecewa para penyokong memenuhi ruangan komen yang menerima lebih dua ribu komen dan 670 perkongsian melalui Facebook.

 

LOGO BAHARU KEDAH DARUL AMAN FC!

Tahniah diucapkan kepada pereka logo, Ku Basri Ku Halim yang telah dipilih sebagai…

Posted by FA Kedah on Tuesday, 15 December 2020

COMMENTS