Pendakwah selebriti didakwa hari ini

Petaling Jaya: Pendakwah selebriti yang sebelum ini sudah direman atas dakwaan rogol, cabul, dan melakukan seks luar tabii akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar lagi.

Difahamkan dia juga akan didakwa di Mahkamah Shah Alam selepas selesai di Petaling Jaya hari ini.

Dia akan didakwa atas dua pertuduhan Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan manakala di Shah Alam lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, bekas peserta realiti keagamaan itu tiba di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi dibawa oleh polis dengan keadaan bergari.

Dia yang memakai baju T-Shirt berwarna biru kelihatan tenang.

Sebelum ini bekas peserta realiti keagamaan itu direman oleh polis Petaling Jaya dan Shah Alam atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.

COMMENTS